Fundamental Terkini Dolar New Zealand, Kiwi Di Bawah Tekanan

56

Dalam ucapan Gabenor Bank Pusat New Zealand (Reserve Bank of New Zealand, RBNZ) Gabenor Wheeler menyatakan risiko kepada pergerakan kadar faedah (Official Cash Rate, OCR) di masa hadapan adalah sama dengan risiko pergerakan inflasi.

Oleh itu, kebarangkalian bagi perubahan kadar menaik atau menurun adalah sama. Jika ekonomi membangun sejajar dengan ramalan ekonomi bank pusat, kadar faedah boleh kekal pada paras semasa dua tahun lagi.

Menurut Wheeler, RBNZ masih melihat terdapat risiko kepada penurunan kadar di New Zealand yang disebabkan oleh ketidaktentuan di Eropah, US dan China. Risiko yang terbesar adalah dari US dengan pendirian mereka yang terlalu melindungi ekonomi dengan kebimbangan yang akan merosakkan ekonomi global.

Pada pendapat bank pusat, potensi kepada peningkatan ekonomi domestik, jika migrasi dan harga komoditi semakin kukuh lebih dari ramalan yang telah dibuat.

Risiko ekonomi domestik yang paling besar datang dari pasaran perumahan di mana RBNZ mahu inflasi dalam sektor ini bergerak dalam kadar semasa yang sederhana, tetapi memberi amaran bahawa terlalu awal untuk mengatakan tren akan berterusan.

Satu lagi risiko adalah dari kadar tukaran matawang yang masih lagi tinggi dari ramalan sebelum ini dan ada kebarangkalian bank pusat memerlukan polisi pelonggaran untuk mengimbangi impak penguatan matawang.

Tidak banyak perbezaan ucapan terbaru ini dengan kenyataan polisi pada Februari lepas, tetapi kenyataan tentang risiko yang semakin seimbang kali ini agak berbeza dengan kenyataan sebelum ini di mana RBNZ mahu memberi perhatian kepada pengekalan polisi akomodatif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat