Gabenor BOC Tenangkan Pelabur

183

Gabenor Bank Pusat Kanada (BOC), Tiff Macklem mengatakan beliau tetap komited pada sasaran inflasi 2% bank pusat, walaupun terdapat jangkaan tekanan harga akan meningkat lebih tinggi.

Macklem, dalam keterangan di hadapan parlimen pada Selasa, meyakinkan rakyat Kanada untuk mengawal inflasi dan turut menyebut mengenai sejarah panjang bank pusat yang sebelum ini telah mencapai objektif itu.

Namun, pada masa yang sama, Macklem turut mengatakan bahawa pemulihan penuh akan memerlukan masa untuk dicapai dan ia akan terus memberi tekanan kepada kenaikan harga.

Kenyataan ini muncul setelah BOC mengeluarkan ramalan baru bank pusat yang menunjukkan inflasi akan meningkat melebihi sasaran 2% dalam mesyuarat polisi bank pusat minggu lalu.

Dalam ramalan terbaru, bank pusat menjangkakan inflasi akan meningkat di atas sasaran, dan turun semula pada 2% pada separuh kedua tahun ini, sebelum susut lagi pada separuh pertama 2022, dan seterusnya berada di sekitar 2% pada separuh kedua tahun depan.

Selain itu, pada minggu lalu juga, Macklem juga membenarkan inflasi di atas sasaran dan mengatakan bank pusat tidak akan meningkatkan kadar faedah sehingga ekonomi pulih sepenuhnya dari Covid-19.

Dolar Kanada kekal didagangkan kukuh di sekitar paras ketinggian satu bulan berbanding US dolar, masih disokong oleh keputusan hawkish dari BOC yang telah mula mengurangkan pembelian bon kerajaan pada minggu lalu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat