Gagal Sambung Kenaikan, USD Jatuh Semula!

521

Keuntungan US dolar berkurangan pada awal dagangan sesi Eropah, memberi sokongan buat beberapa mata wang utama untuk meningkat semula.

Terdahulu, raja mata wang itu telah mendapat sokongan sebagai safe-haven ekoran kebimbangan yang dicetuskan oleh laporan menyuramkan First Republic Bank.

Dilaporkan bahawa bank itu kehilangan $102 bilion deposit pelanggan dan rekod pinjaman sehingga $92 bilion pada suku pertama.

Hal ini sekali gus menolak jatuh sahamnya ke paras terendah selepas kehilangan hampir 50% pada Selasa.

Susulan penyusutan semula dolar greenback, mata wang euro kembali didagangkan meningkat pada sekitar harga 1.0200 pada sesi Eropah.

Pound turut meraih dorongan untuk bangkit semula daripada kejatuhan terdahulu dengan diperdagangkan meningkat pada 1.2460 berbanding US dolar.

Berbeza pula dengan mata wang sensitif risiko, yang memperlihatkan dagangan dolar Aussie dan New Zealand kekal suram berbanding greenback.

Data inflasi Australia yang menunjukkan penurunan yang agak ketara dalam harga pengguna pada suku pertama dan bulan Mac, menambah tekanan buat dolar Aussie untuk tergelincir lebih jauh ke paras terendah 6 minggu.

Sementara mata wang yen pula kekal mempertahankan pengukuhan sebagai safe-haven untuk diniagakan lebih kuat berbanding mata wang utama, termasuk US dolar.

Fokus pasaran kini beralih kepada terbitan data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat pada sesi New York yang boleh menjadi petunjuk kepada sektor pengeluaran di ekonomi gergasi itu.

Turut menjadi tumpuan adalah keluaran beberapa laporan pendapatan korporat yang mungkin mempengaruhi pergerakan pasaran mata wang susulan ketidaktentuan dalam saham global.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat