Gara-gara Data Positif Kanada, USD/CAD Junam Lebih Rendah!

275

Ekonomi Kanada tanpa dijangka telah menambah lebih banyak pekerjaan pada November, walaupun mencatatkan pertumbuhan yang perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Hal ini sekali gus telah menyokong matawang dolar Kanada untuk terus mempertahankan pengukuhan berbanding US dolar ke paras tertinggi dua tahun dengan didagangkan sekitar harga 1.2775 ketika pembukaan sesi pasaran Asia hari ini.

Pertumbuhan pekerjaan Kanada perlahan pada bulan November, tetapi tidak seperti Amerika Syarikat, ia memberi kejutan besar buat pasaran.

Data bulanan yang diterbitkan Statistik Kanada memperlihatkan pekerjaan telah meningkat 62,100 pada bulan lalu daripada 83,000, mengalahkan unjuran pasaran untuk pertambahan hanya 22,000. Sementara kadar pengangguran pula susut kepada 8.5% daripada 8.9%.

Perbezaan ketara yang dipamerkan dalam sektor pekerjaan Kanada dan Amerika Syarikat telah mendorong dolar loonie untuk kekal menguat berbanding dolar greenback.

Tumpuan para pelabur kini pastinya terarah kepada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) yang dijadualkan berlangsung pada hari Rabu.

Berikutan daripada data pekerjaan yang lebih kukuh daripada dijangkakan ini, pasaran menjangkakan bahawa BOC akan mengekalkan kadar faedah utamanya pada 0.25% dan mungkin tidak akan meningkatkan program pembelian bonnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat