Gara-Gara Kenyataan Ini Dolar Aussie Tersungkur Di Sesi Asia

445

Reserve Bank of Australia (RBA) telah menyatakan bahawa pertumbuhan ekonomi akan menguncup sehingga 6% pada tahun ini dan pengangguran akan melonjak 10% dalam kenyataan dasar monetari bank pusat yang diterbitkan pagi ini.

Selain itu, bank pusat juga turut menegaskan bahawa kadar faedah negatif tetap bukan pilihan mereka walaupun krisis pandemik masih berterusan di negara itu.

Dalam kenyataan dasar monetari bagi bulan Ogos, ahli RBA memberitahu bahawa Australia mengalami penguncupan yang sangat teruk dan kadar pemulihan dijangka lebih perlahan daripada dijangkakan.

Kenyataan ini ternyata berbeza dengan pernyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat polisi RBA pada Selasa baru-baru ini, yang memberi indikasi bahawa bank pusat menjangkakan pemulihan yang lebih kuat dalam ekonomi negara.

Ketidakpastian dan kekurangan permintaan secara umum ternyata akan mengheret pertumbuhan lebih lemah. Malah, langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi wabak di Victoria sekarang akan memperlambatkan lagi proses pemulihan.

Dalam pada itu, pembantu Gabenor RBA Luci Ellis yang memberi ucapan selepas penerbitan kenyataan dasar monetari, memberitahu bahawa pasaran pekerjaan akan mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada kemelesetan yang disebabkan pandemik Covid-19.

Ekoran kenyataan dasar monetari RBA dan Luci Ellis yang suram terhadap prospek pertumbuhan Australia, dolar Aussie kembali mencatatkan penyusutan selepas naik ke tahap tertinggi 1 setengah tahun berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat