GBP Jatuh Menjunam Berbanding Matawang Utama Yang Lain

68

Matawang GBP menyusut berbanding matawang-matawang utama yang lain terutamanya berbanding Euro. Terdapat kebimbangan terhadap prestasi ekonomi Britain yang sedang dalam proses meninggalkan Kesatuan Eropah (European Union, EU) dengan data-data terbaru yang kurang memberangsangkan.

Selepas jatuh menjunam minggu lalu, GBP pada Selasa mengalami kejatuhan sekali lagi yang dapat dilihat berbanding matawang USD, Euro, Yen, CHF, AUD, dan NZD.

Bank of England (BoE) minggu lalu menaikkan kadar faedahnya yang pertama sejak sedekad lalu. Kenyataan polisi dan sidang media Carney keseluruhannya menunjukkan nada yang ‘dovish’ sekaligus menyebabkan Sterling tertekan dengan GBP/USD jatuh 230 pip pada Khamis lepas.

BoE minggu lalu menjangka dua lagi kenaikan kadar faedah dalam tempoh tiga tahun akan datang. Walaubagaimanapun, ia akan bergantung kepada rundingan Brexit dengan Kesatuan Eropah.

Selepas tumpuan terarah kepada BoE minggu lalu, kini pemain pasaran sedang memerhati kemajuan dalam rundingan Brexit. Pelabur sebenarnya akan lebih memberi reaksi terhadap hubungan perdagangan di masa akan datang khususnya selepas UK keluar daripada EU.

Selain rundingan tersebut, pelabur juga akan meneliti data-data semasa. Tinjauan yang dibuat oleh British Retail Consortium menunjukkan perbelanjaan jatuh bulan lalu ke paras terendah sejak 2008. Ini diikuti pula oleh data jualan automobil pada Isnin yang merosot 12.2% pada Oktober yang menunjukkan permintaan semakin berkurangan.

Kerajaan UK berkata pada Selasa bahawa mereka semakin hampir untuk menghantar cadangan kepada parlimen agar Britain dapat meneruskan polisi dagangan yang lebih bebas dan juga mengubah perjanjian perdagangan semasa dengan EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat