GBP Terus Gah! Euro Berdebar Menanti Keputusan ECB

398

Hari pertama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House disambut baik oleh para pelabur di tengah-tengah harapan yang tinggi terhadap langkah rangsangan fiskal besar-besaran.

Bagaimanapun, ketika pasaran memasuki sesi Eropah, dagangan US dolar terus didagangkan lemah walaupun pada mulanya ia mempamerkan sedikit peningkatan berbanding sekumpulan matawang utama.

Matawang euro kekal didagangkan stabil, dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) malam ini.

ECB dijangka akan mengikut jejak langkah Bank of Japan (BOJ) untuk mengekalkan kadar faedah dan program pembelian asetnya tidak berubah.

Namun begitu, Presiden ECB Christine Lagarde mungkin akan memberi amaran mengenai kadar pertukaran euro yang tinggi serta turut membincangkan mengenai inflasi yang lemah, impak coronavirus terhadap ekonomi semasa dan prospek untuk sepanjang tahun ini.

Jadi, para pelabur akan lebih berhati-hati untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya Presiden Lagarde menyentuh isu mengenai nilai matawang euro.

Sementara itu, matawang pound didagangkan lebih kuat dengan meneruskan kenaikan lebih tinggi berbanding dolar greenback, menembusi paras ketinggian terbaru yang dicapainya sejak Mei 2018.

Dagangan pound sterling telah meraih manfaat daripada sentimen semasa yang positif ketika pelabur tidak lagi menumpukan kepada ketidakjelasan dalam isu Brexit sebagai fokus utama pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat