GBP/USD Melonjak 200 Pips Selepas Mesyuarat BOE, Apa Dah Jadi?

573

Jangkaan untuk Pound Sterling menyusut nampaknya meleset apabila mata wang Britain tersebut kekal meneruskan kenaikan nilainya selepas mesyuarat polisi bank pusat England pada awal sesi Eropah semalam.

Bank of England (BOE) masih mengekalkan kadar faedah di paras 0.10% walaupun terdapat jangkaan besar untuk bank pusat itu melaksanakan kadar faedah negatif.

Malah, BOE telah meningkatkan pembelian bon sehingga £150 bilion, nilai yang lebih tinggi berbanding jangkaan £100 bilion sebelum ini.

Walaupun pelonggaran polisi ditingkatkan, namun pelabur melihat tindakan tersebut akan membantu menyokong pemulihan ekonomi yang terjejas dengan penularan Covid-19 di samping negara yang berdepan langkah penutupan ekonomi.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam telah melonjak lebih 200 pips selepas keputusan mesyuarat polisi BOE.

Disokong oleh penyusutan US dolar juga, harga telah berjaya mencapai ke paras ketinggian 1.31500 pada zon resistance sebelum ini.

Pergerakan harga yang bersambung pada sesi Asia pagi ini mula perlahan namun berlegar di bawah paras ketinggian 1.31500 tersebut.

Jangkaan kenaikan harga akan diteruskan lagi dengan penyusutan nilai US dolar dalam pasaran dalam ketidaktentuan sentimen pilihan raya yang menjadi tumpuan.

Harga yang berjaya melepasi ketinggian 1.32000 bakal meneruskan kenaikan ke zon resistance seterusnya pada 1.33000.

Sebaliknya jika zon resistance gagal ditembusi, harga boleh membuat penurunan semula dengan paras tumpuan dilihat pada sekitar 1.30600 dan juga 1.30000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat