GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2014

30

analisa-fundamental-gbp-usd-01

Pound Dollar menyusut kepada 1.5694 selepas data harga perumahan keluar lebih buruk dari jangkaan. Pound susut 42 mata sedang US Dollar menokok 4 mata.  Rabu lepas Pound menyusut dengan nilai tukaran terendah pada hari itu berbanding US Dollar dan lima hari terendah berbanding Euro selepas data pelaburan perniagaan jatuh untuk suku ketiga 2014.  Walaubagaimanapun, Pound kembali menguat selepas data GDP mengesahkan ekonomi Britain yang memberangsangkan ketika laporan dari Amerika Syarikat menunjukkan pembangunan ekonomi yang hanya seadanya.

Walaubagaimanapun majority penganalisa melihat pecahan data dari Britain itu menunjukkan kejatuhan pelaburan dan permintaan yang mengurang, sebagai suatu tanda ekonomi Britain yang semakin melemah dan mengurangkan kemungkinan untuk BoE menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Hari ini berita tertumpu kepada data-data berikut yang akan dikeluarkan pada jam 5.30 pm nanti.

Manufacturing PMI
Net Lending to Individuals m/m
M4 Money Supply m/m
Mortgage Approvals

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat