GBPUSD Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

45

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $1.3835 ke setinggi $1.3945, sebelum menutup sekitar paras $1.3915; apabila Dollar AS terus mendapat permintaan dan pasaran terus menekankan terhadap kemungkinan UK meninggalkan Euro-Zone pada referendum 23 Jun ini. Kempen Pro ‘Brexit’ telah menuduh kerajaan UK sengaja menakut-nakutkan rakyat dan mendakwa ianya lebih berisiko untuk Britain kekal dalam EU.

Di pasaran UK, Chris Grayling, pemimpin Dewan Rakyat, yang merupakan salah satu daripada lima menteri kabinet yang berkempen untuk meninggalkan EU, menolak idea bahawa ia akan mengambil masa dua kali lebih lama daripada perang dunia kedua untuk merundingkan terma baru dan mengatakan masih terdapat zon perdagangan bebas dari Iceland ke sempadan Russia yang disertai Britain walaupun selepas keluar dari EU.

[adrotate group=”6″]

Analisis rasmi oleh Pejabat Kabinet berkata ketidaktentuan akan melanda “pasaran kewangan, pelaburan dan nilai pound” selepas Britain merundingkan hubungan perdagangan baru dengan Kesatuan Eropah dan negara-negara lain. Ia juga mendakwa bahawa hak-hak pekerja ekspatriat British boleh terjejas, termasuk akses kepada pencen dan penjagaan kesihatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat