GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Dec 2014

28

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004Pound Dollar didagangkan dalam suasana “ranging” pada Selasa walaupun data “industrial and manufacturing production” United Kingdom keluar jauh meleset dari jangkaan malah lebih buruk untuk “manufacturing production” berbanding tahun sebelumnya.  Suasana ini dibantu oleh permintaan terhadap Dollar yang mula melemah dengan petunjuk Dollar Index yang terus jatuh ke paras terendah sekitar 88.15 pada Selasa sesi penutupan London.

Data “industrial production” United Kingdom untuk 2014 dilaporkan pada 1.1% berbanding 1.8% jangkaan para penganalisa yang dibanci oleh Reuters walaupun sedikit baik dari 2013 iaitu 0.8%.  Komponen terbesar “manufacturing production” untuk 2014 jatuh teruk kepada 1.7% berbanding 2.9% untuk 2013 malah jauh meleset dari jangkaan sebanyak 3.2%.  Walau bagaimanapun GDP United Kingdom yang dianggarkan kekal pada paras 0.7% untuk 3 bulan akan datang, menstabilkan semula sentimen pasaran.

Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari United Kingdom dan Amerika Syarikat; dengan hanya “trade balance” United Kingdom yang dijangka menyusut dan “mortgage applications” serta “crude oil stock change” Amerika Syarikat yang dijangka bercampur-campur, pasaran dijangkan terus “ranging” melainkan terdapat faktor kejutan ataupun spekulasi pasaran.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat