GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Jun 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar yang menjunam lebih 100 pips dalam 2 jam pertama sesi pagi Eropah, kembali memacu naik lebih 130 pips untuk menutup diatas pembukaan, sekitar 1.5385; selepas laporan defisit dagangan UK keluar memberansangkan dan lebih baik dari jangkaan.  Defisit UK pada perdagangan barangan dan perkhidmatan, dianggarkan telah mencecah £1.2 billion pada bulan April 2015, berbanding £3.1 billion pada bulan Mac 2015. Defisit barangan turun kepada £8.6 billion berbanding £10.7 billion pada bulan Mac. Ini sebahagiannya diimbangi oleh lebihan anggaran £7.4 billion pada perkhidmatan.

Baki barangan dapat diperbaiki ekoran eksport yang tinggi dan import yang lebih rendah. Eksport barangan meningkat sebanyak £700 juta, di mana £600 juta adalah kepada negara-negara di luar Kesatuan Eropah. Import barangan pula jatuh sebanyak £1.5 billion, mencerminkan kejatuhan dalam import pelbagai barangan perkilangan. Dalam 3 bulan hingga April 2015, defisit perdagangan barangan melebar sebanyak £1 bilion kepada £30 bilion. Perbezaan besar ini mencerminkan kejatuhan eksport sebanyak £1.9 billion dan kejatuhan dalam import pula sebanyak £800 juta.

Bank of England ingin Pound lebih lemah berbanding dengan matawang utama, terutamanya Euro kerana Kesatuan Eropah merupakan rakan dagang terbesarnya. Walaupun Bank of England mengekalkan dasarnya yang stabil, ia tidak mungkin tergesa-gesa untuk menaikkan “interest rate” ekoran inflasi yang rendah dan aktiviti ekonomi yang masih lemah.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat