GBPUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mar 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar memacu naik lebih 100 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.5137  Kejatuhan lebih 380 pips nilai tukaran GBP|USD minggu lepas, adalah yang terburuk dalam masa seminggu sejak 4 tahun yang lalu; ekoran spekulasi pasaran bahawa Bank of England bakal menaikkan “interest rate” UK lebih perlahan dari Federal Reserve AS.

Bon kerajaan UK  untuk 2 tahun, menyusut nilai ke paras terburuk dalam masa 8 bulan, lantaran para pelabur yang masih melihat Bank of England sebagai bank pusat kedua selepas Feds yang bakal menaikkan “interest rate”.  Dalam satu bancian, responden yang menjangka kenaikan “interest rate” AS pada Jun ini, meningkat dari 18% kepada 23% dan mereka yang menjangka kenaikan pada December ini menurun dari 82% kepada 77%.

Hari ini Gabenor Bank of England Mark Carney bakal memberikan ucapan.  Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Amerika Syarikat, Pound dilihat berpotensi untuk menguasai pasaran, terutamanya jika Gabenor Carney memberi komen-komen positif.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat