GBPUSD Analisa Fundamental Harian 11 Sep 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar terus memacu lebih 135 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5475 sebelum menutup sekitar paras 1.5440; setelah BoE mengekalkan dasar sedia ada pada mesyuarat MPC semalam.  Gabenor BoE Mark Carney berkata keputusan sama ada untuk menaikkan kadar akan datang di sekitar akhir tahun ini. Ahli ekonomi menjangkakan kenaikan pertama pada awal 2016, tetapi ramai berkata kelembapan dalam ekonomi China atau kelewatan untuk rancangan kenaikan pertama kadar Amerika Syarikat boleh menolak keputusan BoE kembali ke belakang.

David Tinsley dari UBS berkata, kelembapan ekonomi dunia memberi kesan kepada Britain, dengan pengeluaran barangan modal – yang biasanya dibeli oleh pekilang asing – turun sebanyak 0.5% dalam tempoh tiga bulan lepas.  “Ini mungkin hanya fasa sementara tetapi kemungkinan bahawa ia boleh menjadi lebih berlarutan bakal mendorong Jawatankuasa Dasar Monetari BoE untuk bersandar ke arah yang negatif,” tambah beliau lagi.

[adrotate group=”6″]

Perniagaan Britain menggesa Bank of England untuk mengekalkan kadar sepanjang 2016, untuk melindungi ekonomi daripada kegawatan global. Penerbitan ramalan ekonomi suku tahun terkini dari Dewan Perniagaan British menaikkan jangkaan pertumbuhan GDP, tetapi mengingatkan jawatankuasa dasar monetari BoE supaya tidak tergesa-gesa dalam menaikkan kadar.

David Kern, Ketua Ekonomi Dewan Perniagaan British kini menjangkakan pertumbuhan GDP sebanyak 2.6% pada tahun ini, meningkat daripada 2.3% pada ramalan yang terakhir; dan 2.7% pada 2016, meningkat daripada 2.6%. Beliau menjangka UK bakal menjadi salah satu daripada ekonomi utama yang paling pesat berkembang. Namun beliau menggesa BoE supaya tidak tergesa-gesa dalam menaikkan kadar.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat