GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

GBP/USD ranging dalam kedudukan 100 pip, naik turun sejak 3 hari lalu. Ini berikutan ramai pedagang menanti Laporan Inflasi dari Bank of England, dan juga reaksi pasaran terhadap EU Economic Summit yang bakal dibentangkan hari ini.

Kegoyahan ekonomi di Zon Euro telah menyebabkan lebih ramai pedagang memegang matawang US Dollar sebagai matawang lebih selamat, menyebabkan kesan yang juga berjaya menekan pasangan GBP/USD ke bawah.

Gabenor Bank of England, Mark Carney dijangka bercakap di London mengenai laporan Inflasi. Carney telah melancarkan serangan yang kuat terhadap langkah-langkah penjimatan di zon Euro, mendakwa langkah itu terlalu keras bagi membolehkan pemulihan dan boleh menyebabkan kawasan mata wang tunggal 18-negara jatuh lebih jauh ke dalam lembah hutang. Beliau berkata kadar inflasi yang rendah dalam Zon Euro berpotensi membahayakan pertumbuhan dan tindakan untuk melarikan diri dari perangkap hutang.

Bank of England yang dinyatakan dalam laporan inflasi pada November bahawa ekonomi berkembang dengan lebih perlahan dan tekanan harga menurun daripada tiga bulan sebelumnya. Pertumbuhan yang lebih perlahan disebabkan oleh pengembangan yang lembap dalam ekonomi global dan unjuran pertumbuhan yang lebih lemah. Bank Pusat berkata kelembapan dalam pasaran perumahan dan harga komoditi yang rendah akan dipertimbangkan dalam laporan inflasi.

Pound juga mempunyai ura-ura untuk menaikkan Interest Rate tetapi dilihat keadaan masih belum sesuai dari ramalan pertumbuhan ekonomi dan data pekerjanya.

GBP/USD hari ini dijangkan memberikan reaksi menarik kepada laporan inflasi pada jam 6.30 petang ini, dan pertumbuhan lebih baik dijangka dari data ekonomi Amerika pada 9.30pm akan memberikan tekanan selebihnya kepada Pound.

Berminat fahami lebih tentang fundamental Analisis gaya MoshedFX? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat