GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2016

32

Pound Dollar merudum lebih 180 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4380 sebelum mendapat bidaan untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.4475; setelah trader melihat keseimbangan dalam indeks harga rumah UK yang mengecewakan, dan juga berpindah keluar dari matawang. Pada masa yang sama, Brexit kini menjadi duri dalam dagangan dan pasaran yang menjadikan pembeli Pound ragu-ragu untuk membida matawang tersebut.

Di pasaran UK, Gabenor Bank of England Mark Carney telah memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pergerakan matawang. Pada musim panas lalu, beliau memberikan isyarat bahawa keputusan untuk menaikkan kadar yang telah ditahan di paras terendah dalam sejarah sejak Mac 2009, mungkin datang ke dalam fokus “sekitar awal tahun 2016”. Dengan pasaran yang menjangkakan permulaan dasar monetari yang lebih ketat di Britain, sama seperti Amerika Syarikat, Sterling pulih dari trend menurun dan kembali kukuh sehingga pertengahan November.

[adrotate group=”6″]

Walau bagaimanapun, Gabenor BoE melewatkan langkah tersebut sejak lebih beberapa bulan kebelakangan ini, ekoran kejatuhan harga minyak dan kelemahan pertumbuhan global yang berpunca daripada ekonomi China yang semakin merosot dan perlahan, sekaligus memberati ke atas jangkaan inflasi di seluruh UK. Keadaan inilah yang mula membawa kepada penurunan dalam nilai Sterling.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat