GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-0023Pound Dollar melonjak lagi hampir 100 mata, dari paras terendah sekitar 1.5077, Jumaat lalu; walaupun tiada sebarang data ekonomi dan berita dari United Kingdom yang menyokong kenaikan itu.  US Dollar dilihat akan terus kukuh lantaran NFP dan “unemployment rate” AS yang keluar lebih baik dari jangkaan.  Kenaikan Pound itu dilihat sebagai sementara, kesan dari pembelian semula oleh para pelabur yang menjualnya 6 bulan lalu bagi mengambil untung.

Pound dijangka terus merudum ekoran sentimen “bearish” yang mula parah, apabila GDP UK keluar jauh meleset dari jangkaan tempoh hari.  Masalah ekonomi yang melanda pelbagai negara Kesatuan Eropah, nampaknya mula menular ke United Kingdom kerana Euro-Zone adalah antara rakan dagang UK.  Tanda-tanda penguncupan ekonomi Jerman, sudah tentu merisaukan Majlis MPC BoE kerana Jerman merupakan rakan dagang UK yang kedua terbesar selepas Amerika Syarikat.

Hari ini tiada sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara. Pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat