GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Dis 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar yang berada dalam dagangan ‘sideway’ pada sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, jatuh merudum lebih 150 pips pada petangnya untuk ke paras terendah harian sekitar $1.5030, sebelum menutup sekitar paras $1.5040; setelah pasaran mula bergerak dalam menerima kenaikan kadar AS buat pertama kali dalam hampir sepuluh tahun yang dijangka akan diumumkan pada mesyuarat FOMC Federal Reserve awal pagi Khamis esok.

Dalam pada itu di pasaran UK, inflasi bulan November dilaporkan menepati jangkaan pada 0.1%, lebih baik daripada -0.1% pada sebelumnya, menurut data terkini dari Pejabat Statistik Kebangsaan UK.  Angka yang melegakan ini mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan deflasi yang dihadapi UK, walaupun ianya masih jauh dari sasaran Bank of England sebanyak 2%.  Harga yang turun menunjukkan permintaan yang rendah, sekaligus membantutkan sebarang pemulihan ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Hari ini UK bakal melaporkan indeks pendapatan purata yang dijangka jatuh dari 3% pada bulan Oktober kepada 2.5% pada bulan November dan pemohon bantuan pengangguran yang berkurang daripada 3,300 orang pada bulan Oktober, kepada hanya 900 orang pada bulan November.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan kelulusan permit bangunan baru yang dijangka kekal stabil pada 1.16 juta untuk bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat