GBPUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mar 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar mengejutkan pasaran, apabila terus merudum lebih 180 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi harian sekitar 1.4897; walaupun tiada data ekonomi dari United Kingdom dan Amerika Syarikat pula, melaporkan “consumer sentiment index”  dan “producer price index” yang semakin melemah.  Diberitakan kenyataan Pengarah eksekutif Bank of England, Chris Salmon pada hari itu telah menyebabkan pasaran dalam mode ‘risk-off’.

Beliau menyarankan pasaran untuk bersiap-sedia dengan lebih kejutan yang serupa seperti Oktober 2014 dan Januari baru-baru ini.  Oktober tahun lepas, pasaran bon dikejutkan dengan kejatuhan mendadak pulangan Bon Amerika Syarikat dan Januari lalu, pasaran dikejutkan dengan pembatalan ikatan kadar tukaran EUR|CHF oleh Swiss National Bank.  Kenyataan ini dilihat bakal menyebabkan aset-aset safe-haven mendapat permintaan.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka ‘ranging’ dalam dagangan tipis dan berhati-hati.  Pasaran dilihat mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat FOMC Federal Reserve awal pagi Khamis nanti bagi mendapatkan arah-tuju Dollar selanjutnya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat