GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Jan 2016

35

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar terus merudum lebih 170 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4250 sebelum menutup sekitar paras $1.4250; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada keputusan Bank of England (BoE) mengundi 8-1 memihak kepada mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.50%, dalam satu langkah yang telah dijangka secara meluas oleh pasaran. Para trader tidak teruja bagaimanapun, dengan pembuat dasar yang bernada negatif berhubung prospek ekonomi UK.

[adrotate group=”6″]

Kebimbangan telah dibangkitkan oleh kesan negatif daripada penurunan harga minyak terhadap tekanan inflasi dalam negara dan keadaan pasaran global yang tidak menentu terus berlarutan dan memberati ekonomi UK, sekaligus menunjukkan bahawa BoE tidak dalam tergesa-gesa untuk mula menaikkan kadar dalam masa terdekat. Menambah kepada prospek ekonomi UK yang kurang positif, laporan output Pembinaan didapati telah menguncup pada bulan November lalu. Output tahunan merosot daripada 1.0% kepada -1.1%, dalam tanda yang tidak mungkin dapat meyakinkan mereka yang risau terhadap gelembung pembangunan perumahan dalam pasaran domestik.

Tiada sebarang laporan dari UK mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat