GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

33

Pound Dollar terus memacu naik lebih 270 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4505 sebelum menutup sekitar paras $1.4480; setelah Bank of England membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dan jumlah ransangan dengan undi majoriti.  Pada masa yang sama, pasaran terus memberikan reaksi kepada komen Pengerusi Feds Janet Yellen yang mengatakan kelemahan ekonomi global mendorong Feds untuk mengekalkan kadar.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran UK semalam, ahli majlis dasar monetari Bank of England sebulat suara mengekalkan kadar pada paras terendah 0.05% dan jumlah ransangan ekonomi sebanyak £375 bilion.  Dalam pada itu, laporan terbaru menunjukkan pendapatan tahunan rakyat Britain meningkat 2.1% pada bulan Januari berbanding 1.9% pada bulan Disember.  Sentimen baik ini telah menghantar indeks FTSE lebih tinggi daripada semalam, untuk menutup sekitar 6,201 mata.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka meningkat dari 91.7 mata kepada 92.1 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat