GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mei 2016

49

Pound Dollar yang melonjak lebih 125 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4523, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1.4458; setelah laporan CPI UK meleset dari jangkaan, sekaligus menunjukkan bahawa Bank of England adalah jauh daripada menawarkan peningkatan kadar.

Di pasaran UK semalam, ukuran utama inflasi Britain – indeks harga pengguna (CPI) – dilaporkan jatuh kepada 0.3% pada bulan April daripada 0.5% pada bulan Mac, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan. Ahli ekonomi meramalkan tiada perubahan pada 0.5%. Kadar inflasi Britain telah jatuh buat kali pertama sejak September lalu, kerana penurunan harga tambang udara, pakaian, kereta terpakai dan sewa perumahan sosial.

Pejabat Canselor merumuskan bahawa penurunan dalam inflasi sebagai petanda yang UK adalah lebih baik berada dalam Kesatuan Eropah. Jurucakap Perbendaharaan berkata: “angka inflasi ini meneruskan trend yang kita lihat sejak setahun lalu. Gaji berkembang lebih cepat daripada harga, sekaligus meningkatkan kuasa beli pengguna.”

“Adalah jelas Britain akan menjadi lebih miskin sekiranya berada di luar Kesatuan Eropah. Untuk mengelak daripada meletakkan kemajuan ekonomi kita kepada risiko, kita mesti terus dengan rancangan yang membina daya tahan dan mencapai taraf hidup yang lebih baik untuk seluruh Britain.” tambah Pejabat Canselor lagi.

Pasaran pembinaan perumahan baru masih sangat positif di sebahagian besar kawasan geografi UK, dengan persekitaran pinjaman yang sihat dan terkawal serta menyediakan akses yang baik untuk gadai janji pada kadar yang kompetitif. Permintaan pengguna dan keyakinan masih kekal tinggi. Di pusat bandar London, pasaran masih terus stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat