GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Feb 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar melonjak lebih 130 pips mencapai paras tertinggi sekitar 1.5480, apabila minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat awal pagi tadi, menunjukkan Federal Reserve AS masih risau dengan inflasi yang masih rendah dibawah sasaran, dan juga kenaikan pendapatan pengguna yang terlalu perlahan.  Ini sekaligus membatalkan “stop and reverse” downtrend di carta mingguan dan memulakan uptrend.  Pivot bulanan sekitar 1.5185 dilihat sebagai paras terbaik untuk pembeli.

Di United Kingdom keadaan pasaran pekerjaan dan kadar pengangguran bertambah baik apabila pemohon bantuan pengangguran berkurang dari 2.6% kepada 2.5% dan pengangguran pula pada kadar 5.7% berbanding 5.8% sebelum ini.  Walaupun kesemua 9 ahli Majlis MPC Bank of England mengundi untuk mengekalkan “interest rate”; komen terbaru Gabenor Mark Carney tentang kenaikan “interest rate” secara berkala menyebabkan Pound menjadi tarikan.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai terutamanya dengan “unemployment claims” AS yang dijangka mengurang dari 304 ribu kepada 293 ribu pemohon.  Jangkaan pengurangan ini menunjukkan pasaran pekerjaan yang bertambah baik.  Walau bagaimanapun sebarang kejatuhan nilai tukaran GBP|USD dilihat bersifat sementara, ekoran minit mesyuarat FOMC yang telah pun menyatakan kelewatan dalam kenaikan “interest rate” AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat