GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2016

38

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun sekitar 85 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4320 ke serendah $1.4235, sebelum menutup sekitar paras $1.4245; setelah para trader menyelaraskan kedudukan daripada kejatuhan pada Jumaat lepas, dalam suasana pasaran AS yang bercuti semalam sempena hari “Martin Luther King”. Pada tahun lepas, Deutsche Bank sudah meramalkan kejatuhan Pound pada 2016 ke paras $1.27 – paras yang tidak pernah dilihat sejak 1985.

Pandangan peniaga matawang kedua terbesar dunia itu, kini telah disertai oleh bank-bank lain. ING Bank meramalkan pound akan jatuh 8% kepada $1.32 pada akhir bulan Jun dan Credit Suisse melihat ia akan jatuh kepada $1.40 dalam masa tiga bulan dan $1.33 dalam masa satu tahun. Strategis matawang berlumba-lumba untuk menurunkan ramalan mereka, terhadap mata wang yang sedang bergelut dengan masalah prospek kadar rendah yang lebih lama dan kemungkinan keluar dari EU, yang menurut pemimpin perniagaan akan merosakkan Britain.

[adrotate group=”6″]

Ramalan penganalisis untuk kadar pertukaran Pound Dollar menjelang Jun, telah menurun 2% pada bulan lalu, walaupun mereka gagal untuk bersaing dengan kejatuhan hampir 5% dalam tempoh itu. Matawang UK “tidak mempunyai ramai kawan”, menurut Jane Foley, pakar strategi pertukaran asing di Rabobank, yang ramalan pertengahan tahunnya paras $144 telah dilepasi. “Ia adalah mudah untuk menyimpulkan sebab yang negatif untuk Sterling, kerana UK telah mempunyai data ekonomi yang mengecewakan, inflasi yang sangat lemah, kenaikan kadar yang mungkin lebih lewat, dan isu-isu politik pada tahun ini.”, tambah beliau lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat