GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Mar 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar yang merudum lebih 130 pips dari paras tertinggi harian Rabu semalam, sekitar 1.4770; selepas kadar pengangguran UK dilaporkan kekal stabil pada 5.7% berbanding 5.6% jangkaan dan minit mesyuarat Bank of England yang mengecewakan pasaran; kembali memacu naik setinggi 1.5165, lebih 520 pips, apabila minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat merubah sentimen pasaran.  Carta harian GBP|USD telah berubah kepada uptrend, dengan pembatalan sekitar 1.4630

Terawal daripada itu, minit mesyuarat BoE menunjukkan bahawa ahli majlis mesyuarat MPC BoE, tiada sebab untuk menyegerakan kenaikan “interest rate” dengan menyatakan prospek ekonomi UK dan progam ‘Quantitative Easing’ (QE) Euro-Zone boleh meningkatkan nilai Pound dan memanjangkan tempoh inflasi yang rendah ketika ini.  CPI UK ketika ini adalah sekitar 0.3%, jauh lebih rendah dari sasaran 2% yang ditetapkan BoE.

Hari dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menggugat pasaran, terutamanya jika data “unemployment claims” dilaporkan lebih baik dari jangkaan 292 ribu.  Walau bagaimanapun, dengan sentimen pasaran yang telah berubah, pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat