GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Jul 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar merudum lebih 140 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5585 sebelum menutup sekitar paras 1.5615; selepas indeks pembuatan PMI UK meleset dari jangkaan dan Dollar AS melonjak ekoran data pekerjaan yang positif.  Pertumbuhan pengeluaran UK jatuh perlahan tidak disangka-sangka kepada kadar terendahnya dalam masa lebih dua tahun, terkesan oleh permintaan eksport yang lemah dari Eropah dalam menghadapi pound yang kukuh, menurut kaji selidik yang ditunjukkan semalam.

Indeks pengurus pembelian (PMI) Markit merosot kepada 51.4, bacaan yang paling lemah sejak April 2013, daripada 51.9 setelah disemak semula pada bulan Mei.  Jun ini PMI adalah lebih buruk daripada semua ramalan dalam undian Reuter yang telah meramalkan sedikit peningkatan kepada 52.5, walaupun ia masih berada di atas paras 50 yang menandakan pertumbuhan.  Bank of England menjangka inflasi meningkat dengan cepat menjelang akhir tahun ini,  selepas kejatuhan harga minyak global tahun lepas.

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar AS mantap semalam selepas disokong oleh data pekerjaan yang kukuh. Paul Dales dari Capital Economics menulis: “Walaupun kajian ADP sentiasa mendapat banyak perhatian, terdapat dua sebab mengapa ia bukan peramal utama yang boleh dipercayai dalam menentukan data NFP rasmi. Pertama, kesilapan purata antara ADP dan data NFP adalah kira-kira 40 ribu dalam sebarang arah. Memandangkan ADP telah merendahkan data NFP pada bulan-bulan kebelakangan ini, terdapat setiap peluang yang angka NFP bulan Jun akan menjadi lebih baik.”

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat