GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Oct 2015

57

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar melonjak lebih 70 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5180 sebelum menutup sekitar paras 1.5130; setelah indeks PMI pembuatan UK dilaporkan lebih baik daripada jangkaan. Para pedagang tidak pasti apa yang boleh dijangkakan minggu depan dari Bank of England, walaupun ramai yang kini meramalkan peningkatan kadar seawal Februari 2016.

Setelah suku yang paling teruk sejak suku ketiga 2011, pasaran Eropah dan Amerika mencatatkan kenaikan kukuh semalam untuk mengakhiri suku ketiga tahun ini dan bulan yang lebih suka dilupakan; ekoran kebimbangan mengenai ekonomi China, harga komoditi yang lemah dan ketidakpastian mengenai arah dasar monetari AS, dengan semuanya mempengaruhi sentimen.

[adrotate group=”6″]

Persoalan besar sekarang ialah sama ada pemulihan semalam adalah petanda perubahan dalam sentimen atau semata-mata lantunan palsu?  Prestasi paling teruk di UK pada suku ketiga adalah dari sektor perlombongan dengan Glencore kehilangan 65% daripada nilainya, diikuti rapat oleh Anglo Amerika dengan kehilangan 40% dan harga komoditi seperti yang diukur oleh Reuters CRB pula, turun 15%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat