GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Feb 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar meyusut sedikit sekitar 60 pips, dalam dagangan tipis Khamis semalam; selepas tiada sebarang data ekonomi dilaporkan dari United Kingdom.  Walaupun data “unemployment claims” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 283 ribu berbanding 293; kadar tukaran GBP|USD hanya mencecah serendah sekitar 1.5404 ekoran sentimen kenaikan “interest rate” UK yang dijangka berkala.

Laporan ekonomi UK menunjukkan gaji pekerja meningkat kukuh mengatasi inflasi, dalam nisbah yang terbesar semenjak krisis kewangan dunia pada tahun 2008.  Minit mesyuarat majlis MPC Bank of England yang terbaru, menunjukkan ahli majlis yang mengundi untuk menaikkan “interest rate” dalam 6 bulan terakhir tahun ini.  Dengan keadaan semasa di Eropah, Pound bakal menjadi pegangan matawang terbaik, untuk tahun-tahun yang mendatang bagi pasaran Eropah.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan data berimpak sederhana – “public net sector borrowing” yang dijangka mengurang sebanyak -7.8 bilion Pound; “retail sales” yang dijangka meningkat dari 4.3% kepada 5.9%  Keadaan ini dilihat memihak kepada Pound, terutamanya dengan Amerika Syarikat yang melaporakan “manufacturing PMI” yang dijangka meleset dari 53.9 kepada 53.6

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat