GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

20

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar yang melonjak lebih 100 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.4340, setelah laporan inflasi yang lebih baik daripada jangkaan; kembali merudum lebih 200 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4130, setelah komen negatif dari ahli terbaru majlis MPC Bank of England, Gertjan Vlieghe, yang mengatakan BoE tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar ekoran pertumbuhan yang masih lembap dan inflasi yang masih lemah.

Buat masa ini, hanya terdapat sedikit sebab untuk BoE menaikkan kadar sehingga CPI menunjukkan tanda-tanda menuju ke paras yang lebih tinggi. Ia telah kekal sekitar 0.5% sejak awal tahun 2009 dan ahli ekonomi tidak menjangkakan sebarang peningkatan lebih awal daripada akhir tahun ini. Pakar ekonomi ING Bank James Knightley berkata, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of England (MPC) tidak berada “di bawah tekanan untuk bertindak balas” kepada inflasi, memandangkan ia kekal begitu rendah dan kadar pertumbuhan gaji juga lemah.

[adrotate group=”6″]

Minggu lepas, Bank of England mengekalkan kadar tidak berubah pada 0.5%, dengan jangkaan yang semakin meningkat bahawa tiada sebarang kenaikan kadar untuk sepanjang tahun 2016. Penganalisis menjangka inflasi bakal kekal jauh di bawah sasaran Bank of England, sebanyak 2%, untuk sepanjang tahun. Hari ini UK bakal melaporkan data pekerjaan, pertumbuhan upah yang dijangka jatuh dari 2.4% kepada 2.1%, pemohon bantuan pengangguran yang meningkat dari 3,900 kepada 4,100 dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 5.2%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat