GBPUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

32

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.4560 ke paras tertingi harian sekitar $1.4660, sebelum menutup sekitar paras $1.4608; setelah data jualan runcit UK dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, sekaligus memberi rangsangan yang amat diperlukan untuk Pound. Sebelum daripada itu, Sterling telah meningkat selepas pungutan suara Ipsos-Mori, mendapati 55% daripada mereka yang ditinjau menyokong untuk kekal dalam Kesatuan Eropah dan hanya 37% sahaja yang mahu meninggalkan EU.

Terdahulu, satu tinjauan YouGov menunjukkan kempen “kekal” mendahului dengan kelebihan empat mata. Menurut laman web pertaruhan Betfair, terdapat kebarangkalian tersirat bahawa Britain akan mengundi untuk kekal sebagai ahli Kesatuan Eropah pada referendum pada 23 Jun adalah sekitar 75%, berbanding dengan kurang daripada 70% pada minggu lalu.

Kebimbangan tentang Brexit mungkin telah menjejaskan Pound sejak akhir tahun lepas, memacu penurunan sebanyak 8% dalam tempoh enam bulan lalu. Tetapi sejak mencapai paras 2 1/2 tahun terendah pada bulan lepas, Sterling telah pulih hampir 4%. Sterling mendapat lebih banyak sokongan selepas pengumuman data jualan runcit UK semalam.

Jualan runcit bangkit lebih kuat daripada yang dijangkakan pada bulan April, walaupun cuaca sejuk memberikan tamparan besar untuk jualan pakaian musim bunga berbanding dengan tahun lepas.  Angka rasmi Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) UK, menunjukkan jumlah jualan runcit meningkat 1.3% pada bulan April, jauh melebihi unjuran purata pasaran untuk pertumbuhan sebanyak hanya 0.5%.

ONS juga menyemak semula dengan ketara angka Mac, dengan menunjukkan jualan runcit jatuh hanya 0.5%, penurunan yang lebih kecil daripada kejatuhan 1.3% yang dicatakan pada awalnya, ekoran data yang datang lebih lewat daripada beberapa kedai-kedai besar. Malam ini, Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari 5.33 juta kepada 5.4 juta unit.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari UK hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat