GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Apr 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016

Pound Dollar merudum lebih 90 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Isnin semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.4885; sebelum menutup pada paras 1.4905, selepas Dollar kembali mendapat permintaan, apabila presiden Federal Reserve New York William Dudley berucap dalam satu majlis di Bloomberg, dengan mengatakan beliau berharap data-data ekonomi AS akan menyokong kenaikan “interest rate’ pada tahun ini.

Di pasaran United Kingdom, ekonomi UK bakal menjalani pilihan raya umum dengan inflasi sifar yang memberi kelebihan kepada parti konservatif. Pemulihan ekonomi di Euro-Zone mula menampakkan kesan di UK dan melengkapkan gambaran pertumbuhan positif yang dijangkakan untuk 2015 dan 2016. Ini adalah serupa seperti apa yang kita lihat pada 2010-12, apabila pengangguran dan inflasi meningkat tinggi dan ekonomi Eropah merudum.

Satu laporan baru, menjangkakan pemulihan Euro-Zone bakal meningkatkan perdagangan – dengan eksport UK diramalkan meningkat sebanyak 5.9% pada tahun ini dan 4.9% pada 2016.  Ekonomi UK telah mencapai paras terbaik, menurut seorang penganalisa bebas, yang berkata minyak yang murah dan pertumbuhan gaji yang lebih kukuh, telah membuka jalan kepada peningkatan terbesar dalam pendapatan isirumah sejak 20 tahun lalu.

Laporan berasingan oleh Deloitte menunjukkan pengguna lebih optimis mengenai pertumbuhan pendapatan isirumah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding dalam tempoh tiga tahun yang lalu. Pakar berkata ini boleh mencetuskan ledakan perbelanjaan pengguna, tanpa ada tanda bahawa pengguna telah berubah tabiat berbelanja mereka sebelum pilihan raya Mei ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat