GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Aug 2015

19

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar yang jatuh lebih 90 pips pada sesi pagi Eropah Khamis semalam, ke paras terendah harian sekitar 1.5605, kembali memacu naik untuk menutup lebih tinggi sekitar paras 1.5690; setelah para pedagang tidak mengendahkan jualan runcit UK yang dilaporkan meleset dari jangkaan. David Kern di British Chambers of Commerce menyifatkan pertumbuhan jualan tahunan sebagai “sangat kuat”, tetapi berkata angka bulanan adalah “peringatan bahawa pemulihan masih rapuh.

“Memandangkan kejatuhan harga menunjukkan deflasi dalam sektor runcit, kami percaya bahawa jangkaan sesetengah pihak untuk kenaikan “interest rate” adalah terlalu awal”. Persetujuan untuk kenaikan kadar adalah pada awal tahun depan, tetapi sesetengah ahli ekonomi telah menyarankan untuk kenaikan tahun ini bagi memberi masa untuk memberi kesan kepada ekonomi sebenar.

“Pengguna British berasa yakin dalam perbelanjaan mereka,” kata Naeem Aslam, ketua penganalisis pasaran di AvaTrade Ltd di Dublin. Walau bagaimanapun, angka jualan runcit tidak seperti yang diharapkan, dan ianya “tidak akan menolak jangkaan kenaikan kadar yang banyak. Oleh itu kita tidak melihat sterling yang melambung tinggi, ” tambahnya lagi.

Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX. Pakej Lengkap merupakan Ebook, Video, dan Support dari MoshedFX untuk mula menjana keuntungan melalui Forex Trading – Klik Sini untuk lihat Testimoni yang sudah berjaya !

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat