GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2016

47

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 95 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.4220 ke serendah $1.4125, sebelum menutup sekitar paras $1.4190; setelah data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan diatasi oleh komen Gabenor Mark Carney yang merisaukan para trader. Carney tidak menyatakan bila BoE akan membuat langkah baru. “Tahun ini telah berpaling dan pada pandangan saya keputusan itu adalah mudah. Sekarang bukanlah masanya untuk menaikkan kadar,” menurut beliau dalam sidang akhbar.

Dalam pada itu, Pejabat Statistik UK melaporkan penurunan dalam kadar pengangguran dalam tempoh tiga bulan hingga November lepas. Pengangguran menurun kepada 5.1%, turun daripada 5.2% yang dilihat dalam tempoh tiga bulan hingga Oktober lalu, dan merupakan yang paling rendah sejak awal tahun 2006. Bilangan orang dalam pekerjaan melonjak sebanyak 267 ribu, peningkatan ketiga terbesar sejak rekod bermula pada tahun 1971, ketika kadar pekerjaan mencapai rekod tinggi 74.0%.

[adrotate group=”6″]

Pertumbuhan upah bagaimanapun mengecewakan. Jumlah pendapatan pekerja termasuk bonus hanya meningkatkan 2.0% dalam tempoh tiga bulan hingga November lalu, lebih rendah daripada pertumbuhan 2.4% yang dilihat pada sebelum ini, dan juga lebih rendah daripada jangkaan sebanyak 2.1%. Pendapatan selepas bonus pula adalah pada 1.9%. Pertumbuhan upah dalam tempoh tiga bulan hingga November, telah meningkat pada kadar yang paling perlahan sejak Februari 2015. Jumlah gaji di sektor swasta meningkat sebanyak 2.2% pada November berbanding 2.1% pada Oktober lepas.

Walaupun pasaran buruh telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang stabil, gaji tetap menjadi kebimbangan kepada pembuat dasar. Pertumbuhan gaji yang perlahan, ditambah pula dengan harga minyak yang rendah, telah memberi kesan negatif kepada harga barangan. Data CPI yang dikeluarkan menunjukkan inflasi tahunan bagi 2015 kekal tidak berubah buat kali pertama sejak tahun 1950. Ia berada di bawah 1.5% yang dilihat pada tahun 2014. Inflasi British telah berlegar hampir sifar sejak awal tahun 2015, jauh lebih rendah daripada sasaran BoE sebanyak 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat