GBPUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

40

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, melantun ke bawah dan ke atas dari paras terendah harian sekitar $1.4080 ke setinggi $1.4250, tanpa arah sebenar sebelum menutup sekitar paras $1.4220. Sterling bergelut berhampiran paras tujuh tahun terendah, selepas komen negatif dari Gabenor Bank of England Mark Carney. Beliau berkata BoE tidak mempunyai jadual waktu yang ditetapkan untuk menaikkan kadar, sambil memberi amaran tentang kesan daripada ekonomi China yang semakin perlahan.

Gabenor Bank of England itu, memberikan gambaran suram ekonomi global, dan mengisytiharkan bahawa ‘sekarang bukan masanya untuk menaikkan kadar’ di Britain. Ia datang ekoran kelembapan ekonomi China yang mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan yang paling lemah dalam masa 25 tahun dan Tabung Kewangan Antarabangsa telah pun menurunkan prospek untuk pertumbuhan ekonomi global.

[adrotate group=”6″]

Sterling telah jatuh sejak Mac 2009 apabila kadar UK telah dipotong kepada 0.5% dan Bank  of England telah melancarkan program ransangan bernilai £375 bilion pada hari-hari yang paling gelap di zaman Kemelesetan Besar. Walau bagaimanapun, Pound yang lemah boleh meningkatkan eksport dan ekonomi yang lebih luas, dengan menjadikan barangan buatan Britain lebih murah untuk pembeli di Eropah dan Amerika Syarikat.

John Goldie, seorang forex trader di syarikat pertukaran matawang asing Argentex, berkata: “Sterling mengancam untuk menjalar lebih tinggi secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, ucapan Carney telah mengambil angin dari layar Pound.” Pound Sterling menikmati kenaikan kecil semasa awal dagangan apabila set terbaru data pekerjaan UK telah diterbitkan lebih baik dari jangkaan, dengan kadar pengangguran turun 0.1% kepada 5.1%, menjadikannya paras terendah sejak musim luruh tahun 2005.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat