GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Apr 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar terus memacu naik lebih 160 pips Rabu semalam, tanpa memandang ke belakang sepanjang 3 sesi dagangan, sebelum para ‘day trader’ mula mengambil untung pada sekitar paras 1.5080; selepas Bank of England mengumumkan untuk mengekalkan ‘interest rate’ dengan undian 9/9 serta komen-komen yang memberansangkan dalam minit mesyuarat BoE yang terbaru.

Dalam mesyuarat yang diadakan pada 8 dan 9 April lalu, ahli majlis MPC yang merupakan penetap “interest rate” membuat kesimpulan, bahawa jika peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi di Euro-Zone baru-baru ini boleh dikekalkan, ianya akan mempunyai kesan positif ke atas UK, walaupun dengan pengukuhan Pound.  Semua ahli majlis MPC bersetuju, dengan keadaan semasa, adalah besar kemungkinan untuk mereka menaikkan “interest rate” dalam masa 3 tahun akan datang.

Ahli majlis MPC Bank of England telah menjadi kurang bimbang dengan risiko deflasi, menurut minit terbarunya, walaupun inflasi CPI jatuh kepada 0%. MPC mengatakan dalam mesyuaratnya bahawa, pasaran kewangan telah tersasar dalam menjangka tentang masa kenaikan “interest rate”, menunjukkan pelabur yang telah menjadi terlalu pesimis dalam jangkaan mereka.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat