GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2016

29

Pound Dollar membuka dengan ‘gap-down’ lebih 125 pips, kemudian merudum lebih 245 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4055 sebelum menutup sekitar paras $1.4150; setelah Perdana Menteri UK David Cameron menggesa referendum Brexit pada 23 Jun ini. Dalam pada itu, Datuk Bandar London Boris Johnson telah bekerja keras di belakang kempen untuk Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, sekaligus meningkatkan peluang untuk UK keluar dari EU dan memberikan tamparan kepada Perdana Menteri David Cameron.

Encik Johnson, pemain sandiwara politik yang bergaya, dipercayai menyembunyikan cita-cita sengit untuk menggantikan Encik Cameron, telah berkata bahawa projek Eropah kini berada dalam bahaya untuk keluar daripada kawalan demokratik.  Kemungkinan Britain keluar dari EU meningkat kepada 33% daripada kira-kira 29% sebelum ini, menurut agensi BookMakers.

[adrotate group=”6″]

Encik Johnson menolak soalan daripada pemberita mengenai sama ada menyertai kempen untuk meninggalkan EU, adalah langkah pertama ke arah usaha untuk menggantikan Encik Cameron. Sebaliknya, beliau berkata dengan senyuman, Encik Cameron perlu kekal tidak kira siapa yang memenangi referendum pada 23 Jun ini.

Keluarnya Britain dari EU akan menggoncang Kesatuan Eropah, dengan merobek jauh ekonomi kedua terbesarnya, salah satu daripada dua kuasa tentera terkuat dan pusat kewangan terkaya. Mereka yang Pro-Eropah, termasuk bekas Perdana Menteri Tony Blair dan John Major, telah memberi amaran bahawa ‘Brexit’ juga boleh mencetuskan perpecahan dalam United Kingdom dengan mendorong undi kemerdekaan Scotland sekali lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat