GBPUSD Analisa Fundamental Harian 23 Jan 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar menjunam lebih 230 pips Khamis semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5212, sekaligus membolosi pivot mingguan sekitar 1.5165; apabila terkesan dari pengumuman “Quantitative Easing” (QE) oleh ECB.  Sebelum dari itu, keadaan turut diburukkan lagi dengan pecahan undi Majlis MPC yang semua ahli bersetuju untuk terus mengekalkan kadar “interest rate”.  Hutang kerajaan UK juga dilihat bertambah dari 11.73 bilion Pound kepada 12.46 bilion Pound.

Di Amerika Syarikat pula, US Dollar Index yang 11.9% di kuasai oleh Pound, terus memacu naik lebih 200 mata untuk mencapai ke paras tertinggi 94.75 sebelum berdepan dengan resistance penanda aras “downtrend stop and reverse” indikator pada 95.05 di carta bulanan.  Dollar terus mendapat permintaan di samping emas, walaupun ianya bukan lah suatu perkara yang lazim.

Hari ini, data ekonomi “retail sales” tahunan UK yang dijangka mengurang dari 6.4% kepada 3.0%, bakal berdepan dengan data ekonomi berimpak tinggi “home sales” bulanan AS, yang dijangka meningkat dari 4.93 juta kepada 5.06 juta.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar dengan para pedagang mencari peluang untuk “sell-on-rally”.

Adakah anda tercari-cari cara belajar forex paling berkesan ? Dapatkan Pakej Lengkap Mudahnya Belajar Forex 100% Karya dari MoshedFX – [Klik Sini]

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat