Pound Dollar memacu naik lebih 260 pips, sepanjang sesi dagangan Eropah Jumaat lalu, hingga mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.4990; setelah para pelabur mula menjual lebihan Dollar, terkesan dari kenyataan minit mensyuarat FOMC Federal Reserve Amerika Syarikat, yang menjangka GDP dan kadar kenaikan “interest rate” yang lebih rendah. Jangkaan GDP dikurangkan dari 2.6% kepada 2.1% dan “interest rate” pula dari 1.125% kepada 0.625%
Ketua Penganalisa Ekonomi Bank of England, Andy Haldane, dalam satu kenyataan peribadi minggu lalu, memberi komen bahawa berkemungkinan BoE terpaksa menurunkan “interest rate” kepada kadar yang lebih rendah, ekoran inflasi yang masih terlalu rendah. Bacaan terakhir adalah pada 0.3%, yang terendah sejak 1960. Walau bagaimanapun, ketika ini semua 9 ahli majlis MPC Bank of England mengundi untuk mengekalkan “interest rate”.
Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari United Kingdom, Dollar dilihat berpotensi untuk menguasai semula pasaran, terutamanya dengan data “existing home sales” yang dijangka bertambah dari 4.82 juta kepada 4.9 juta.