GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Jul 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-017

Pound Dollar merudum lebih 160 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5500 sebelum menutup sekitar paras 1.5510; setelah jualan runcit UK meleset dari jangkaan, -0.2% berbanding 0.4% dan 0.3% pada sebelum ini. Walau bagaimanapun, Pejabat Statistik Kebangsaan UK menegaskan bahawa jualan runcit tahunan masih berkembang 4% pada tahun ini, menjadikan ia pertumbuhan tahunan untuk bulan ke-27 berturut-turut.

Penurunan itu dirasai terutamanya di kedai-kedai makanan dan stesen petrol, tetapi angka-angka rasmi menunjukkan kelemahan terdapat dalam pelbagai produk lain juga, termasuk komputer, alat permainan dan perhiasan.  Bulan Jun yang suram bagi peruncit melenyapkan petunjuk awal bahawa pengguna telah berasa semakin yakin dengan ekonomi.

Kaji selidik menunjukkan peningkatan keyakinan perniagaan, selepas pilihan raya umum pada bulan Mei.  Ini menunjukkan ketidakstabilan politik bertanggungjawab untuk sedikit kelembapan dalam aktiviti ekonomi pada suku pertama tahun ini.

Di pasaran Amerika Syarikat pula, bilangan rakyat Amerika Syarikat yang menuntut bantuan pengangguran menurun kepada 255 ribu berbanding 279 ribu jangkaan dan 281 ribu orang pada minggu lepas.  Ini memberikan sokongan kepada Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” September ini, dan menambah permintaan untuk Dollar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat