GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

42

Pound Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $1.4548 ke paras terendah harian sekitar $1.4440, sebelum menutup sekitar paras $1.4482; setelah pasaran terus memberikan tumpuan kepada undi Brexit yang akan datang dalam hanya 4 minggu lagi. British pound pulih daripada paras terendah dalam sesi lewat petang New York semalam.

Menurut CNBC Britain akan menjunam ke dalam kemelesetan selama setahun jika ia mengundi untuk meninggalkan EU, menurut satu analisis kesan daripada kejutan ekonomi jangka pendek dari undian Brexit yang dijangka akan diterbitkan oleh Jabatan Perbendaharaan UK. Perdana Menteri UK, David Cameron dan Chansellor Kewangan, George Osborne berharap amaran Jabatan Perbendaharaan tentang kesan segera kepada sektor pekerjaan, kadar pinjaman dan harga rumah akan menjadi hujah kepada pengundi yang belum membuat keputusan dalam kempen referendum EU yang memasuki bulan terakhir.

Analisis Jabatan Perbendaharaan UK menunjukkan bahawa pertumbuhan boleh menjadi 3.6% lebih rendah selepas dua tahun, jika Britain mengundi untuk meninggalkan EU, berbanding dengan ramalan untuk pertumbuhan berterusan selepas undian kekal. Ini akan menghasilkan kemelesetan sama dengan awal 1990-an, tetapi tidak seburuk yang dihadapi pada krisis kewangan 2008.

Pungutan suara dari The Financial Times meletakkan undian “kekal” pada 47% dan undian “keluar” pada 40%, sekaligus menunjukkan bahawa amaran tentang masalah ekonomi yang serius daripada Jabatan Perbendaharaan UK, Bank of England, Tabung Kewangan Antarabangsa dan lain-lain – sebagai apa yang digelar ‘Project Fear’ oleh kempen pro-keluar – mula menampakkan kesan. Agensi pertaruhan kini meletakkan kemungkinan Britain kekal dalam Kesatuan Eropah pada kira-kira 80%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat