GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Sep 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-011

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 90 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5290 ke serendah sekitar 1.5200; setelah selepas kelulusan gadai janji UK mengatasi jangkaan dan dolar AS susut dari kenaikannya.  Sebelum daripada itu, sterling mengalami berita buruk awal minggu ini, apabila set terbaru nombor pinjaman kerajaan UK menunjukkan keadaan yang semakin parah.

Statistik menunjukkan Pinjaman Bersih Sektor Awam sebanyak £12.1bn pada bulan Ogos lalu – lebih 10% daripada angka pada Ogos 2014. Pejabat Statistik Kebangsaan UK yang menerbitkan angka-angka itu, meletakkan kesalahan atas angka yang bertambah buruk itu, kepada penurunan hasil cukai pendapatan – satu perkembangan yang membimbangkan bagi kerajaan Britain Konservatif yang baru.

[adrotate group=”6″]

Semalam pinjaman perumahan dilaporkan melonjak 14% pada bulan lepas, mencecah £12.2billion – peningkatan terbesar sejak tahun 2008 dan kenaikan bulanan yang terbesar dalam tempoh lima tahun.  Persatuan Bank-bank British berkata bahawa bilangan kelulusan pinjaman gadai janji pada bulan Ogos adalah 23% lebih tinggi daripada tahun yang lalu, dengan pinjaman semula sehingga 38% – paras tertinggi dalam masa empat tahun.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat