GBPUSD Analisa Fundamental Harian 26 Dec 2014

54

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-016Pound Dollar membuka pasaran hari ini, sekitar 1.5560, selepas bercuti Khamis semalam sempena hari Krismas.  Sterling yang bakal berdepan dengan sentimen pasaran yang lemah lantaran laporan GDP yang tidak memberangsangkan; telah menyusut pada paras yang terendah sejak awal September 2013.  “GDP adalah petanda awal bagi masalah yang bakal dihadapi Pound tahun depan” kata Simon Derrick, Ketua Kajian Matawang Bank of New York Mellon, di London.

Pada masa yang sama, Dollar semakin menguat lantaran permintaan yang semakin bertambah disebabkan spekulasi pasaran bahawa Federal Reserve AS bakal menaikkan “interest rate” lebih awal dari jangkaan.  Ini disokong pula oleh GDP yang keluar pada 5% dan “initial jobless claims” yang mengurang kepada 280 ribu; jelas menunjukkan ekonomi terbesar dunia itu, sedang mengembang pada kadar yang terbaik dalam masa 10 tahun.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK dan AS, pasaran dijangka dalam dagangan tipis lantaran pedagang dan pelabur yang masih dalam mood percutian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat