GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

46

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar merudum lebih 120 pips Rabu semalam, dari paras tertinggi harian sekitar $1.4355 ke paras terendah harian sekitar $1.4230, sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Bank of England menamakan sektor perumahan, sebagai risiko utama kepada ekonomi dalam laporan kestabilan kewangan terkini pada bulan Disember. Penyelidikan menunjukkan sebanyak 15% daripada pemilik, mungkin menjual jika ‘interest’ gadai janji mereka telah tidak lagi dilindungi oleh pendapatan dari sewa – dan 45% mungkin berbuat demikian jika harga rumah jatuh 10%.

Pembeli rumah boleh menjangkakan kebanjiran tawaran gadai janji yang lebih murah, selepas Bank of England menangguhkan kenaikan kadar. Kadar telah berada pada paras 0.5% sejak tahun 2009, dan ini membolehkan peminjam membayar ‘interest’ yang lebih rendah ke atas pinjaman mereka. Namun, pemilik rumah telah bersiap sedia untuk menghadapi kenaikan, tetapi kadar asas dijangka kekal tidak berubah sehingga pertengahan 2017.

[adrotate group=”6″]

Harga rumah British meningkat pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan pada bulan Januari, selepas kejatuhan dalam kelulusan gadai janji pada bulan sebelum ini, walaupun pemberi pinjaman Nationwide berkata semalam, bahawa momentum sepatutnya meningkat pada 2016 secara keseluruhannya. Pertumbuhan harga rumah perlahan kepada 0.3% daripada paras lapan bulan tertinggi pada bulan Disember sebanyak 0.8%, sekaligus menyebabkan pertumbuhan tahun ke tahun menurun kepada 4.4% – di bawah jangkaan tinjauan Reuters.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat