GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2015

25

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-013

Pound Dollar turun lebih 70 pips dari paras tertinggi semalam selepas gagal melepasi harga resistance pada 1.5210, sebelum terkesan dengan keputusan yang lebih “hawkish” daripada Mesyuarat FOMC semalam. Ia juga terkesan dengan ucapan Presiden Bank of England Mark Carney lewat pagi tadi.

Bank of England Gabenor Mark Carney, telah melancarkan serangan yang kuat terhadap penjimatan dalam zon euro itu kerana beliau memberi amaran bahawa Pound mungkin telah terperangkap dalam perangkap hutang yang boleh menyebabkan penurunan nilai pada dekad kedua.

Bercakap di Dublin, Carney berkata zon euro perlu untuk mengurangkan dasar keras terhadap belanjawan yang membuat kemajuan pesat ke arah kesatuan fiskal tetapi akan memindahkan sumber dari negara kaya kepada negara miskin.

GDP tahunan United Kingdom berkembang pada kadar 2.7% pada suku ke-4 tahun lepas, yang merupakan tertinggi sejak 2007, walaupun meleset dari jangkaan 2.8% Para pedagang amat berharap stimulus “Quantitative Easing” (QE) dari ECB, bakal memberi kesan sampingan yang positif juga kepada ekonomi UK terkesan dari aktiviti ekonomi di Euro-Zone. Menurut Chancellor George Osborne dari Kementerian Kewangan, GDP UK berkembang pada landasan yang betul, walaupun kurang dari sasaran 3% dalam kenyataan musim luruh beliau yang lalu.

Data berimpak sederhana pada 3 petang iaitu Nationwide House Price Index dan 7 malam iaitu CBI Realized Sales dijangka tidak akan menggugat data berimpak kuat Unemployment Claims dari US yang dijangka keluar lebih baik dari jangkaan pada 9.30 malam ini(waktu Malaysia).

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat