GBPUSD Analisa Fundamental Harian 29 Oct 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-018

Pound Dollar yang melonjak lebih 65 pips ke paras tertinggi harian sekitar 1.5345 sepanjang sesi Eropah Rabu semalam, jatuh merudum lebih 95 pips ke paras terendah harian sekitar 1.5250 sebelum menutup sekitar paras 1.5260; setelah para pedagang kepada Bank of England untuk jangkaan dasar kewangan, selepas Federal Reserve AS mengesahkan pendirian mereka untuk menaikkan kadar pada Disember ini.

Di pasaran UK para pelabur sudah pun sedia maklum tentang keadaan yang negatif. Kadar tukaran GBP/USD di pasaran niaga hadapan mencadangkan pelabur tidak mengharapkan perubahan dasar dari BoE sehingga suku ketiga tahun 2016. Ini mencadangkan bahawa Pound British mungkin lebih sensitif terhadap kejutan kenaikan berbanding sesuatu yang mengecewakan.

[adrotate group=”6″]

Hari ini UK bakal melaporkan nilai pinjaman bersih kepada individu yang dijangka bertambah dari £4.3 bilion kepada £4.4 bilion.  Angka yang bertambah ini mencadangkan bahawa pengguna UK semakin yakin dengan keadaan ekonomi semasa untuk mendapatkan pinjaman baru.  Malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan GDP yang dijangka berkurang dari 3.9% kepada 1.6% dan tuntutan bantuan pengangguran yang bertambah dari 259 ribu kepada 264 ribu pemohon.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat