GBPUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mar 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar merudum lebih 140 pips dari paras tertinggi sesi Asia Isnin semalam, sekitar 1.4900, untuk mencapai paras terendah harian, sekitar 1.4750 dan mendapat sokongan belian.  Pasaran kemudiannya menutup pada sekitar 1.4810, sekaligus menyebabkan kadar tukaran GBP|USD berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.4820, ketika artikel ini ditulis.

Di United Kingdom, Isnin semalam merupakan hari pertama berkempen bagi pilihanraya umum Mei ini.  Pound meningkat naik Jumaat lalu, apabila Gabenor BoE Mark Carney, mengatakan bank pusat Britain itu masih dalam landasan dan bersedia menaikkan “interest rate” untuk UK, walaupun kadar inflasi masih rendah akibat kejatuhan harga minyak mentah.

Hari ini UK bakal melaporkan GDP tahunan yang dijangka meningkat dari 2.6% kepada 2.7% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “consumer confidence” yang dijangka melemah dari 96.4 kepada 96.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Pound, melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran yang menjana permintaan untuk Dollar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat