GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Dec 2014

41

analisa-fundamental-gbp-usd-01

Pound Dollar kembali mengukuh selepas PMI perkhidmatan keluar lebih baik dari jangkaan untuk didagangkan sekitar 1.5705 pada sesi penutupan Eropah semalam Rabu.  Kenaikan lebih 50 mata ini memberikan sedikit momentum kepada Pound selepas PMI pembinaan meleset dari jangkaan Selasa lalu.  PMI terbaru yang mengukur sektor perkhidmatan menunjukan 58.6 untuk November, lebih baik dari 56.5 yang dijangkakan dan 56.2 pada Oktober adalah pemangkin untuk ekonomi United Kingdom sebelum Kenyataan Musim Luruh Chancellor Kewangan.  Sektor perkhidmatan merupakan 78% dari GDP United Kingdom dan tiga suku dari semua jenis pekerjaan.

Chancellor Kewangan Osborne mengumumkan kadar faedah untuk perniagaan yang baru dalam kenyataan pra-bajet di dewan rakyat walaupun ianya hanya bermula seawall 2016.  Persatuan Penjual Buku dan Konsortium Runcit Britain, bersama banyak lagi kumpulan perniagaan, telah pun berkempen untuk merangka semula sistem kadar faedah ini yang telah berumur 400 tahun semenjak beberapa tahun lepas.  Badan-badan perniagaan itu telah menanda tangani satu petisyen bersama penjual buku seperti Waterstones, Foyles dan WH Smith dan banyak lagi perniagaan yang menyeru untuk sistem kadar faedah bagi perniagaan yang lebih moden, telus dan mapan untuk dilaksanakan di United Kingdom.  Chancelor Osborne disamping itu juga telah berjanji untuk memberi jaminan sebanyak 500 juta Pound pinjaman bagi peniaga-peniaga kecil dan sederhana dan 400 juta Pound lagi untuk meluaskan skim ini.

 

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya @MoshedFX  😀

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat