GBPUSD Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 85 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.5445 ke serendah 1.5360; walaupun data menunjukkan bahawa sektor pembinaan UK mencatatkan satu lagi pertumbuhan yang kukuh pada bulan Oktober.  Kekuatan Dollar terkesan dari sentimen kenaikan kadar AS Disember ini, mengekang Pound.

Indeks Markit pengurus pembelian pembinaan UK dilaporkan turun kepada 58.8 pada bulan lepas daripada 59.9 pada bulan September, hampir sama dengan jangkaan pakar ekonomi.  Aktiviti perniagaan terus meningkat di ketiga-tiga sub-kategori pembinaan, menurut kaji selidik Markit.  Kerja bangunan komersial merupakan pemacu pertumbuhan utama pada bulan Oktober, perumahan dan aktiviti kejuruteraan awam pula kedua-duanya berkembang pada kadar yang lebih perlahan.  Pesanan baru meningkat dan pertumbuhan guna tenaga dalam sektor ini juga meningkat pada kadar terpantas sejak November 2014.

[adrotate group=”6″]

Laporan itu dibuat sehari selepas kaji selidik yang sama terhadap sektor perkilangan UK menunjukkan bahawa aktiviti berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh 16 bulan pada Oktober lalu, sekaligus mengukuhkan prospek pertumbuhan ekonomi untuk suku keempat.  Hari ini data PMI perkhidmatan UK pula bakal dilaporkan, yang dijangka meningkat dari 53.3 kepada 54.6.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat