GBPUSD Analisa Fundamental Harian 5 Aug 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar yang meningkat lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah, jatuh lebih 70 pips pada petang New York untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5555 sebelum menutup sekitar paras 1.5560; setelah PMI pembinaan UK meleset dari jangkaan tetapi kekal positif.

Indeks bulanan dari Markit/CIPS itu jatuh kepada 57.1 selepas mencecah paras tertinggi dalam empat bulan, 58.1 pada bulan Jun, jauh dari anggaran tinjauan Reuters untuk kenaikan kepada 58.4.  Kelembapan mungkin mencerminkan kejatuhan dalam keyakinan di kalangan firma-firma pembinaan yang mengikuti pilihan raya kebangsaan Mei lalu selepas mendapat keputusan yang tidak dijangka-jangka, menurut Markit.

Bancian pembinaan semalam menunjukkan aktiviti pembinaan rumah meningkat pada kadar paling perlahan sejak April, sekaligus menandakan salah satu pengembangan yang paling lemah sejak pertengahan 2013. Ini tambah menekan cabaran yang dihadapi oleh pembuat dasar dalam menangani kekurangan rumah yang kronik di Britain.

Walaubagaimanapun, ekonomi Britain terus meningkat pada suku kedua selepas kelembapan pada awal tahun ini, tetapi sebahagian besarnya adalah didorong oleh sektor perkhidmatan yang dominan. Satu kaji selidik berasingan dari Markit juga menunjukkan pembuatan British berkembang lemah pada bulan Julai.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat