GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jul 2015

40

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-010

Pound Dollar menjunam lebih 180 mata sepanjang sesi dagangan Eropah Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5415 sebelum menutup sekitar paras 1.5460; setelah pengeluaran perkilangan UK jatuh meleset dari jangkaan manakala Dollar AS terus mendapat permintaan daripada perdagangan ‘safe-haven’. Pound kini diniagakan sekitar di 1.5430 setelah pelabur melihat ke hadapan kepada mesyuarat Bank of England minggu ini.

Pengeluaran Industri UK tanpa diduga meningkat, terima kasih kepada pengeluaran minyak dan gas yang kuat tetapi perkilangan jatuh, menekankan cabaran kepada Menteri Kewangan George Osborne sebelum kenyataan bajet hari ini. Pengeluaran industri bulanan meningkat sebanyak 0.4% pada bulan Mei, angka rasmi menunjukkan semalam, menewaskan semua ramalan pakar ekonomi dalam satu tinjauan Reuters yang meramalkan penurunan sebanyak 0.2%.

Pengeluaran Minyak dan gas, yang telah kukuh dalam tempoh dua bulan lepas kerana harga minyak dunia mula pulih daripada kejatuhan, melonjak sebanyak 7.3% daripada April, peningkatan terbesar dalam lebih setahun. Seorang pegawai di Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, kerajaan percaya peningkatan itu juga mungkin mempunyai kaitan dengan potongan cukai yang diumumkan pada bulan Mac lalu.  Walau bagaimanapun pengeluaran perkilangan yang jatuh -0.6%, meleset dari jangkaan 0.1% dan -0.4% pada sebelumnya, menyebabkan Pound terus dijual.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat